Ironinya yang terkait sehingga menjadi berselirat adalah tulisan jawi.Seni khat dan tulisan jawi adalah dua perkara yang berbeza walaupun mempunyai kaitan secara tidak langsung.Soalnya kenapa langkah ini mendapat tentangan Adakah pihak-pihak berkaitan cuba untuk memainkan sentimen perkauman, agama dan cauvinisme dalam kalangan rakyat sehingga menimbulkan kekeliruan Seni khat dan tulisan jawi kedua-duanya ialah elemen warisan kebangsaan Malaysia.
Kewujudannya perlu diperkasakan agar tidak hanya kekal menjadi satu perlambangan dalam citra kehidupan rakyat Malaysia. Tetapi menjadi satu ilmu yang boleh dikongsi bersama oleh semua kaum dan agama di Malaysia sebagai satu budaya kebangsaan Malaysia. Barangkali kita pasti terbiasa dengan tulisan jawi dan khat di papan tanda, mata wang Ringgit Malaysia, bingkai hiasan di rumah-rumah masyarakat Melayu-Islam bahkan pernah tular di media sosial khabarnya di pejabat seorang menteri di sebuah kementerian pun ada tersangkut bingkai tulisan khat-al-Quran yang amat cantik berlatarkan gambar sang menteri yang sedang tekun bekerja di mejanya. Sebagaimana seni kaligrafi Cina yang menggambarkan betapa hebatnya tamadun Cina, maka itu jugalah yang terzahir pada seni khat atau kaligrafi Melayu-Islam. Tulisan jawi bukan sekadar satu tulisan tetapi membawa bersama aspek bahasa yang mempunyai pengaruh Arab dan berinovasikan Melayu. Syed Muhammad Naquib al-Attas dalam karyanya Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu pada tahun 1972 menjelaskan: Chara menchiptakan huruf baru dengan mengikut chorak-rupa huruf Arab itu memang lazim serupa di-mana2 terdapat sesuatu bangsa bukan Arab yang telah memeluk agama Islam dan menggunakan abjad Arab. Seterusnya beliau menjelaskan lagi: Bahasa Melayu yang tadinya bahasa pasaran terbatas itu telah mengalami suatu perubahan besar, suatu revolusi. Selain dari diperkaya perbendaharaan-katanya dengan istilah2 dan perkataan2 Arab dan Farsi, bahasa Melayu juga dijadikan bahasa pengantar utama Islam diseluruh Kepulauan Melayu-Indonesia, sehingga pada abad keenambelas selambat-lambatnya ia telah berjaya menchapai peringkat bahasa sastera dan agama yang luhur dan sanggup menggulingkan kedaulatan bahasa Jawa dalam bidang2 ini. Semua kenyataan ini menunjukkan bahawa seni khat mahu pun tulisan jawi bukanlah suatu yang asing bagi rakyat Malaysia. Kewujudannya adalah sebagai suatu elemen yang melengkapkan seni budaya warisan Malaysia yang perlu dipertahankan. Untuk mempertahankannya, maka satu usaha pendedahan dan pembelajaran pada peringkat awal amatlah perlu agar generasi yang dilahirkan kenal dan tahu tentang budaya dan warisan mereka tanpa mengira latarbelakang agama. Maka isu ini dilaungkan bagi menampakkan drama betapa seriusnya isu ini dan membolehkan rakyat melupai isu lain yang sebenarnya sangat merisaukan pihak-pihak yang tertentu. Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki ialah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Next Page.
0 Comments
Leave a Reply. |
Details
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. ArchivesCategories |